Khamis, 26 Mac 2009
sahabat doa ku bersama kalian
sejak beberapa tahun ini aku asyik teringatkan para sahabat ku ketika di bangku sekolah menengah dan ketika remaja dulu.apakah mereka ini masih ingat padaku lagi atau aku saja yang terus mengingati masa2 indah bersama mereka suatu waktu dulu. Apakhabar sahabat yang sampai sekarang masih ku ingati dan ku doakan kesejahteraannya, ROSMARIE BASILIO,MADI YUSOF SIONG,HARTONO,ZURAIDA KASSIM,JOSEPHINE,MICKEY LOW dan yang lain2nya(maaf kerana peredaran masa aku banyak nama yang aku lupa)?apa kalian masih kenal dengan ku?tak apa kalau ada yang lupa, tapi izinkan aku mengusik sedikit memori kalian tentang aku.ada dikalangan kalian memanggilku dengan panggilan Mas, ada yang memanggil ku dengan panggilan Mash dan ada yang memanggil ku Sam.tapi selalunya aku di sapa dengan panggilan MAS.masih ingat pada ku?jika kalian terbaca blog ku ini,ku harap kalian sudi untuk menyapaku kerana aku sudah terlalu rindu pada kalian. Ya sekarang kita sudah jauh berbeza dan kita juga sudah semakin matang dalam hidup bayangkan umur kita saja sudah separuh perjalanan ini tapi di mana penghujungnya kita tak tahu kerana semuanya atas kehendaknya. Oleh kerana itu lah aku teringin agar dapat bertemu dengan kalian walau hanya di ruangan maya ini atau lewat telepon.kerana akau belum sempet untuk meminta maaf kepada kalian atas perkara atau kata2 mahupun perbuatan ku yang mungkin telah menyinggung perasaan kalian selama kita berteman. Kerana perjalanan hidup kita ini bila2 masa saja akan di noktah oleh Nya seperti yang terjadi pada sahabat kita arwah SALIM. Arwah pergi di usia yang terlalu muda. Aku menjadi insaf kerana aku tahu bila2 masa saja DIA akan memanggilku untuk mengadapnya. Sebelum terlambat aku ingin memohon sejuta kemaafan dari kalian semua atas setiap tuturkata mahupun perbuatan ku yang sengaja mahupun tak sengaja. Buat sahabat baik ku ROSMARIE BASILIO, MADI YUSOF serta HJH PATHMA tak ada orang yang dapat mengganti tempat kalian di lubuk hati ku terutama sekali ROSEMARIE you all d best. Doa ku sentiasa bersama kalian di mana jua kalian berada. You all d best N Good luck.
Langgan:
Catatan (Atom)